BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, 25 January 2013

: Tips cinta jarak jauh ? Romantik. :

1. Inform tentang hubungan  pada kedua ibu bapa hang dan dia. 
Faham ?  Tak faham ? Bagus. Aku ulang semula, inform tentang hubungan kau dan pasangan hang pada kedua dua ibu bapa hang dan dia. Hari ini, ramai sangat orang bila berpasangan tak kisahlah jarak jauh atau dekat, tak inform pada parents masing masing. Okeh okeh. aku bukan nak bersyarah bab agama yang bila korang baca akan mual dan muntah sebab aku bukan ustaz. Tapi kita fikir logik. Kalau kau dah inform pada kedua dua parents, lagi senang. Dan lagi rapat, at least satu hari bila korang dah berhunungan lama lama, dan ada lelaki mana datang usha pasangan kau, mak dan bapak dia dah tahu. Ye dak ? So, takderlah isu kahwin paksa bagai bla bla bla. Okeh ?
2. Usahakan berjumpa walaupun sekejap.
Okeh, benda ni aku just bagi suggestion. Tapi korang still kena jaga batas batas dalam agama, contoh berjumpa kat tempat yang ramai orang, ataupun korang bawa sekali member member korang sendiri sebagai teman, dan pastikan korang berjumpa itu atas sebab nak menjaga hati. Sekadar jumpa je, atleast sepanjang 4 tahun korang belajar jauh jauh tu, takderlah tak berjumpa langsung. Kenal lah juga muka macam mana, tinggi rendah, baik buruknya si fulan tersebut.
Tapi kalau korang rasa berjumpa itu tak perlu, dan tak ada faedah berjumpa sebelum kahwin, so, tak payah. Benda ni depends pada diri sendiri.
3. Percaya.
benda ni pun aku tengah cuba praktikkan dari dulu sampai sekarang. Sebab kadang kadang percaya tu grafnya turun naik. Hari ini kau percaya, sesok kau nampak kat facebook berborak mesra dengan si fulan, kau punya percaya dah turun. Apa pun, percayalah pada pasangan masing masing. Tak kisahlah apa pun berlauk, percaya. Yup, memang susah nak buat benda ni. Kalau tak usaha, mana nak dapat. Ye dak ?
4. Sentiasa berhubung.
Well, hari ni, kita bukan macam zaman dulu yang mana kalau nak berhubung kena pakai burung merpati, letak surat kat kaki dia, then terbang, lepas tu burung tu terlanggar kapal terbang jatuh mati dan surat itu tak sampai lantas korang punya hubungan putus. Tak tak. Sekarang zaman dah moden. Kau boleh je pegang hp 24 hours semata mata nak contact pasangan kau. Tapi takderlah sampai 24 jam. Melampau. Tapi atleast ada cara kau nak kekalkan berhubung tu, facebook, emel, skype, yahoo mesengger, dan so on.
So, jangan bagi reason clash sebab tak dapat kerap berhubung. Tahyul semua tu.
5. Buat benda jauh tapi bersama sama. 
Okeh, tips tambahan daripada aku. Aku selalu berkongsi benda yang aku tengok dengan cik awek. Contoh kalau dia tengah online dan aku tengah online, dan pada masa yang sama aku tengah dok usha muzik video lagu tentang Yuna ke, atau apa apa video lah, aku akan gagahkan tangan untuk mesej dia supay buka video yang sama waktu dengannya. So, dari situ, kiteorang akan bertukar tukar pendapat tentang muzik pada masa yang sama. Amacam ? Romantik tak aku ? Aha.
6. Sentiasa update dengan apa yang berlaku.
Tips tambahan kedua daripada aku, macam aku, oleh sebab masing masing sibuk dengan study dan aktiviti universiti dari pagi sampai petang. So, malam kitaorang akan bercerita seharian benda yang dilakukan dari awal pagi sampai petang. Tak lama pun, just ambil masa dalam 10 – 15 minit. Tak kisahlah sama ada korang nak berborak dalam bentuk bertulis ataupun call. Depends. So, lepas je habis dalam 15 minit tu. Tido ! Tak perlu lama lama pun. Bereh ?
7. ______________________ ( Pendapat ? Sila tulis di ruangan komen. Okeh ? )
Kesimpulannya, benda ni bergantung pada jodoh dan takdir kau. ada orang couple lama lama belum tentu kahwin, ada orang couple sekejap je dah kahwin. Bila benda yang berkaitan dengan soal jodoh, hanya tuhan je yang tahu. Faham ? Bagus. Banyakkan berdoa, sebab dalam doa tu, ada hikmah kenapa dan mengapa kau bertemu dan berpisah.

0 comments: