Manisnya cinta selepas kawin itu datang dari restu ALLAH S.W.T
Bak kata orang tua-tua "bercinta selepas kawin itu lebih manis dari madu dan lebih berseri dari sinarnya rembulan kala dini hari"
Setiap hari dibuai dengan kata-kata sayang yang halal untuk kita nikmati..kata-kata sayang yang ikhlas dan tulus dari tutur suami tercinta..membuatkan kita rasa dunia ini bagai kita yg punya..ternyata kemanisannya berbeza..
Mungkin ada pembaca yang akan menyangkal pendapat saya ini..ye..mungkin kata-kata sayang itu sama sahaja tak kira berkahwin atau tidak..malah mungkin pasangan bercinta sebelum kawin punya madah yang lebih hebat..tapi ketahuilah kawan2 ku..jurang bezanya terlalu besar..kerana kemanisan itu bercampur didalamnya redha Ilahi..itu yang membezakannya..
mana mungkin ia boleh disamakan dengan cinta terlarang..perasaan cinta akan membuahkan rindu lalu membuahkan rasa keinginan kepada pasangan..jangan menafikan kata hati..berlaku jujur la pada diri..andai cinta tidak bersama dengan perasaan dan nafsu..maka itu bukan cinta..dan kerana itu juga lah berlaku sumbang mahram dan perzinaan bahana panasnya bahang cinta terlarang itu..
Ketahuilah semua..andai kala ini saudara-saudara ku telah merasai manisnya dipuji oleh kekasih hati..ketahui sahabat-sahabat..kemanisan dipuji oleh suami adalah tiga kali ganda lebih manis dari yang kalian rasa kala ini..ketahuilah jurang perbezaan antara cinta terlarang dan cinta anugerah Ilahi sangat luas..manisnya ibarat gula dan madu..kilauannya pula ibarat kaca dan berlian..sinarnya pula ibarat lampu dan sang mentari..
dan sedarlah..semakin kemanisan itu sahabat-sahabat kecapi sebelum berlakunya akad yang sah antara kalian..kemanisannya semakin hilang tatkala kalian mendirikan rumahtangga kelak..kerana cinta suci yang dijanjikan Allah mana mungkin bisa bercampur dengan cinta kotor dihiasi syaitan..dan terimalah hakikat bahawa cinta sebelum akad tidak pernah wujud dalam syariat..
sedarlah sahabat-sahabat..jangan ditipu oleh permainan cinta..kerana cinta yang salah bisa membuatkan kita semakin lalai dan jauh dengan Pencipta..kerana hakikat kemanisan cinta yang sebenar adalah cinta anugerah yang Maha Esa.. <3
0 comments:
Post a Comment