BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, 22 January 2013

: Punca Pergaduhan Dalam Hubungan :

Assalammualaikum semua....
Hari ni aku nak kongsi sedikit Mengenai terjadinya punca korang bergaduh dengan pasangan korang...Kadang-kadang, punca pergaduhan tu kecik je,bergaduh pasal lambat angkat call je. tapi melarat sampai berpisah.

Korang tengok sendirilah kesilapan yang korang patut elakkan semasa berlakunya pergaduhan atau salah faham. Semua yang dinyatakan adalah dari pengalaman dan pemerhatian aku.Perit tu memang perit tapi korang kena terima dan kuat untuk hadapi semua ni..


1) Tinggikan suara.

Bila dalam keadaan marah, suara yang keluar selalunya tinggi.. Lebih tinggi dari si dia bagi 
menunjukkan kita yang betul, dia yang salah! Tapi jangan lupa, si dia juga akan meninggikan 
suara untuk lawan suara kita. Akibatnya, korang akan hilang suara.. hahaha..
Kawal nada suara tu semasa bergaduh.


2) Memaki 

Biasanya, lelaki akan lebih mudah memaki pasangannya apabila terasa egonya tercabar. 
Bila si awek tak nak mengalah dalam pergaduhan, lelaki akan jadi makin baran dan 
terkeluarlah ayat-ayat yang menyentap hati pasangan. Selalunya lelaki tak perasan pun dia 
dah memaki..Bagi lelak si awek mi tetap bersalah,walaupun hakikatnya salah si lelaki...Jadi, 
jangan memaki sebab kata-kata lagi bisa dan susah untuk dilupakan.


3) Menggunakan bahasa kasar.

Masa berkasih-sayang, bahasa lembut yang amat. 
"sayang, sayang rindu kat abang tak? "
tapi bila dah gaduh, "mu dah kenapa? aku mana ada tipu lu la s***!
Peh, terus dah tukar dari abang jadi aku. Elakkan ya benda ni, sebab macam tambah 
minyak dalam api.Yang si awek jiwa sensitif...terus menangis bila si pakwe ni keluar ayat 
kasar...jiwa perempuan kena lah faham...kena kat aku pun melalak aku kat atas katil....

4) Terus bertekak sehingga ada pemenangnya.


Bila korang dah mula bertekak dan keadaan jadi makin parah, salah seorang perlu berhenti. 
Kalau masing-masing nak menang, pergaduhan tu takkan berhenti, tapi jadi makin teruk. 
Berhenti sekejap dari bertekak dan pergi buat benda lain dulu. Bila dua-dua dah bertenang. 
Selesaikan masalah tu. cubalah, pasti berbeza hasilnya.

5) Minta berpisah

" Dah lah, aku malas nak bergaduh dengan kau. Kita putus aje!"
Ini memang selalu terjadi, biasanya si awek yang akan luahkan dengan harapan si lelaki 
akan pujuk. Tapi, lelaki pun dalam keadaan marah, logik ke si lelaki akan pujuk?
sebaliknya dia akan kata. 
" Nak putus? Blah lah kau, aku pun tak hingin kat kau!"
Sepatutnya,tanamkan dalam diri tu, jangan sesekali sebut perkataan putus tu bila gaduh, 
nanti korang jugak yang menyesal.




0 comments: