BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, 25 April 2013

: ...Kalau aku 'pergi' dulu? :

Add caAssalamualaikum...
Sakit ni...
Datang dan pergi..
Tapi aku tak kisah..
Aku redha dan masih sabar...
Apalah sangat sakit ni...
Dari nikmat yang telah ALLAH bagi kan?
Sakit pagi tadi masih bersisa..
Sakit perut dan sakit kepala dah hilang.
Yang tinggal..sengal-sengal seluruh badan.
Dan tambahan yang terbaru...
Badan tiba-tiba jadi seram sejuk..
Rasa cam rasa sejuk tu mencucuk-cucuk tulang belakang...
Macam mengusap secara lembut pun ada gak..
Mungkin sebab cuaca mendung kott..
Tapi...
Aku dah beberapa kali rasa benda semacam ni...
Benda tu datang lepas Asar.
Pastu berhenti sebelum Maghrib.
Entah kenapa aku teringat tanda-tanda mati.
Ahh...aku teringat mereka yang telah lama terdahulu meninggalkan aku.
Atuk belah ayah aku dan orang-orang yang telah meninggal.
Adakah aku akan menyusuri mereka selepas ini dan jadi orang pertama yang akan pergi dari kalangan keluarga aku sendiri.
Ya ALLAH...
Aku terdiam.
Aku banyak dosa.
Mana mungkin aku dapat pergi dalam keadaan sekarang.
Keadaan ini menyakitkan aku.
Aku gerun mahu bertemu-MU,ya ALLAH...
Aku gerun tanpa redha dari-MU.
Kenapa rasa ini masih mengusap lembut belakang ini.Dan menjadikan aku seolah seram sejuk.
Aku tak takut mati.Aku hanya takutkan ALLAH.
Tapi aku masih tak mahu pergi tinggalkan kamu semua.
Yang aku sayangi...
Jangan...
Jangan biarkan aku pergi lagi..
Tapi kalau ALLAH kata jadi,maka jadilah ia..
Aku redha kerana...
"Mati itu pasti,hidup itu Insya-ALLAH"
Aku tak tahu kenapa suara kematian bagai berulang kali memanggil aku.
Aku tak sedar.Bukan,aku sedar sebenarnya...
Dalam lena,dan jaga.
Aku tak pasti sampai bila nafas ini akan terhela.
Tapi aku mahu mengungkapkan kata,aku terasa sukar.
Jadi biarlah kalam ini berbicara.
Jika aku tiada nanti..
(Mungkin bila-bila masa dari sekarang,sesaat dari sekarang atau mungkin 20 tahun dari sekarang)
Kalian maafkanlah aku...
Pertama sekali..
Kepada mak dan ayah...
Ampunkan anakmu yang derhaka ini,tanpa sedar dan tak sedar..
Halalkan segala makan dan minum...
Setiap titisan susu dari Mak..
Setiap wang ringgit dari Ayah...
Dan seluruh pengorbanan dan kasih sayang yang kalian hamparkan...
Kedua,
Kepada adik beradikku...
Maafkan segala kekasaran selama ini..
Segala kesilapan tanpa sedar tak sedar yang mungkin mengguris hati.
Segala kasih sayang dan tempat bergurau senda...
Semua itu akan dihargai sepanjang nafas...
Ketiga,
Kepada rakan-rakan di alam realiti..
Aku tak ada sahabat sebenarnya..
Tapi aku ada kawan-kawan.
Maaf,bukan aku menafikan kalian sahabat aku.
Tapi aku tahu sahabat itu sejati bunyinya..
Bukan sekadar sahabat suka saja..
Bila duka,kalian pergi tinggalkan aku..
Tapi,tak mengapa..
Kita semua sama saja..
Melangkah mencari sahabat yang setia dan hidup yang sempurna.
Oleh itu,aku mohon maaf..
Aku tahu aku bukanlah kawan yang baik.
Aku menyisihkan kalian dan aku rela bersendirian.
Maafkan aku..
Kepada rakan-rakan di alam maya...
Di FB dan blog..
Kita kenal hanya dengan sekadar nama..
Dan pelbagai perangai dan keletah yang bervariasi.
Aku rapat dengan kalian kerana kalian menerima perangai aku seadanya.
Kadang-kadang,mungkin kalian terguris dengan kata-kata aku.
Ya,kata-kata itu lebih tajam dari pedang.
Aku tahu itu.
Jadi,aku mohon maaf..
Maafkan aku..
Aku tak rasa aku nak mati lagi.
Tapi kita ni hamba,matinya bila-bila.
Kita harus ada persiapan walau sedikit.
ALLAH..redhakan aku sampai hujung nyawaku.
Itu saja yang ku minta kerana tanpa redha-NYA walau amal kita sebanyak mana pun,belum tentu kita akan capai gerbang syurga milik ALLAH...
Aku hidup..
dimulai dengan azan "Allahuakbar!" 
Dan mati aku..
diakhiri dengan lafaz tauhid "Lailahailallah!"
ption

0 comments: